Winnie The Pooh Bear Not Allowed

Thursday, 1 May 2014

Karenah anak - anak

Entry minggu ini berkenaan karenah anak-anak..kekadang karenah anak-anak boleh membuatkan ibu bapa geram tetapi dalam geram boleh buat kita terhibur sebab kecomelan mereka buat muka tidak bersalah. Nak tahu kenapa cuba tengok gambar di bawah ini.

1.Cuba merendamkan hand phone kesayangan ibu bapa ke dalam air dan buat muka tidak bersalah. 

Saintis Muda
2. Mahu mengamuk ibu dan bapa kalau didapai anak-anak mereka menjadi kontraktor tidak bertauliah. Menangais nak bersihkan semua cat terutama kt tv tu. hehehe

Kontraktor tidak bertauliah
3. Ini kes anak-anak yang rasakan diri mereka super hero. Habis satu badan diconteng yer. Mujur badan kalau rumah di conteng mau yer kena hambat. Tapi tak apalah ini menunjukkan sel-sel otak mereka saling berhubung. 
Spiderman super hero
4. Ini pulak kes kakak buli adik. 

Kes tak puas hati
5.Cuba ibu bapa mengintai anak-anak yang pergi kedapur, memang confrim mereka akan jadi chief tidak bertauliah.
Chief Pastri

6.Konon yer ala-ala model sebab itulah bermakeup. Hehehe konon yer dah cantik sangat lah tu yer.

Model Tidak bertauliah
7. Ini namaye spiderman kecik. Reti naik tapi nak turun tersangkut.

Spiderman Kecik
Macam mane lah yer agak-agakyer bila adam besar nanti, kalau jadi macam dekat atas itu mauye mama ngan papa jadi hijau dan mengucap banyak kali. Hehehe :)

Friday, 25 April 2014

9 Warna pilihan yang popular untuk hari perkahwinan

Untuk mereka yang yang masih tercari-cari warna tema untuk perkahwinan boleh melihat gambar dibawah ini, manalah tahukan berkenan dengan tema-tema yang ada dan dijadikan sebagai idea untuk majlis perkahwinan.

1. Pastel Dusty Pink (Pink Belacan)

2. turquoise (biru kehijauan)

3. dusk Blue (Biru cair)

4. Red (merah)

5. Royal Blue (Biru pekat)

6. Green (Hijau epal)

7. Peach 

8. Yellow (kuning diraja)

9. Purple (unggu)
Macam mana dah buat keputasan untuk memilih warna mana yang berkenan dihati? kalau misz diberi pilihan, misz suka sangat kaler peach, sesuai ngan jiwa kelembutan cewah. ok lah tata..:)

Wednesday, 23 April 2014

Kitar semula kayu pallet

Entry kali berkenaan kayu pallet, wahh tetiba teringat kat pakcik yang buat kazebo menggunakan kayu pallet terpakai memang cantik sangat - sangat bila dah siap ini contoh kazebo tu tapi x de bumbung.

Kayu pallet terpakai
contoh kazebo kayu
Jadi cari punye cari berkenaan kayu pallet ini rupe-rupeye boleh dijadikan pelbagai perabot. Kalau tak percaya jom kita tengok gambar yang di ambil dari google ini.

Sofa di ruang tamu
Meja ruang tamu
Kerusi
Meja Makan
Katil 
Meja dan kerusi diluar rumah
Rumah permainan kanak-kanak
Rak dinding
Macam mana? menarikkan, kalau dah kreatif sume benda boleh jadi menarik, jadi selepas ini boleh lah cuba cari kayu pallet yang terpakai dijadikan satu benda yang baru. Kalau macam itu admin nak try jugak lah cari kayu pallet terpakai dan buat sendiri perabot rumah. Wah macam best jek kan..tapi mana de jual kayu pallet terpakai ini yer? (^^)Y


Tuesday, 22 April 2014

Kreativiti kitar semula tayar

Semua sedia maklum barangan kitar semula boleh dijadikan sebagai satu bahan yang menarik untuk digunakan antaranya tayar. Kalau tidak percaya jom kite layan gambar kitar semula tayar yang menarik dan boleh dijadikan sebagai sumber idea.

Tayar terpakai
Dengan tayar terpakai boleh dijadikan satu taman mini untuk menanam bunga yang cantik, menarikkan siap dicat berwana wani dan menjadikan taman bunga mini yang menarik

Taman bunga mini
Tayar juga boleh dijadikan pasu yang menarik untuk menanam bunga, x percaya boleh tengok cara-cara untuk membuat pasu daripada tayar terpakai. Selepas siap bolehlah dicat menggunakan cat yang anda sukai 

Cara membuat pasu bunga 

Selain itu ada juga mereka yang kreatif mengantungkan tayar untuk menanam bunga yang disukai antaranya seperti dibawah ini.
 Tayar terbuang digantung 
Tayar juga boleh dijadikan bentuk haiwan yang menarik seperti dibawah ini. Sangat kreatif dan idea ini boleh dijadikan juga sebagai sumber pendapatn sampingan.kalau tidak percaya cuba buat lepas itu mesti ada yang berminat untuk membelinya.

Tayar dijadikan burung 
Tayar dijadikan zirafah dan kuda

Tayar dijadikan bangau putih
Dijadikan sebagai perhiasan luar rumah ataupun didalam rumah. Di antaranya adalah seperti berikut.

Bangku perhiasan taman
Meja ruang tamu
Kerusi yang menarik
Macam mana, menarikkan dengan idea menggunakan tayar terpakai ini dijadikan barangan yang baru dan menarik. Selepas ini bolehlah carik tayar terpakai dan cuba idea-idea ini. Selamat mencuba



Wednesday, 16 April 2014

Ragam Rumah Tangga


♥ 1 bulan kahwin

Isteri: I love u sayang!!!
Suami: I love u tooo honey!!
Isteri: Tak, i love u threee!!
Suami: But i love u 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10!!


♥10 tahun kahwin:

Isteri: I love u sayang!!
Suami: Ye, love u 2. (sambil bace surat kabar)
Isteri: Tak, i love u threee!!
Suami: Yelah, awak je la menang. (malas layan)

♥ 25 tahun kahwin:

Isteri: I love u sayang!!!
Suami: Ape kejadahye awak nie??da tue2 nk ber ailebiu bagai??? awak ni buang tebiat ke? nak mamp0s???!!!

**************************************************************
Sebelum Kahwin

Masa berjalan dengan tunang, tangannya sentiasa dipegang.
Kalau tunang terlanggar batu.

Tunang : Adui! sakit bang.
Abang : Kenapa yang.
Tunang : Tersepak batu.
Abang : Celaka punya batu.(Sambil mengosok dan meniup kaki tunang)

Selepas Kahwin

Suami jalan dulu depan, laju pulak tu manakala isteri ikut belakang terkejar-kejar. Tiba-tiba:

Isteri : Adoi! bang tolong.
Suami : Apa pulak tu.
Isteri : Terlanggar batu, bang.
Suami : Awak buta ke? Batu macam tu besar yang awak langgar kenapa? Menyusahkan orang aje.





Hahaha harap-harap jgn jadi macam ini yer semoga kemanisan berumahtangga akan kekal sampai kejanah.


Tuesday, 15 April 2014

7 Petua Menjaga Anak Demam

Hai semua dah lama tak blog..errmm sebenarnya malas sngat 2 nak menaip..hehe
banyak kerja kena wat tu yang bertambah - tambah lagi kemalasan nak menaip. Tapi entry kali ini berkenaan petua menjaga anak yang demam.

Semua ibu bapa pasti mengalami situasi anak demam sebabnya anak - anak akan mengalami proses pembesaran sebabnya anak kanak mudah dijangkiti kuman berjangkit dan menyebabkan antibodi mereka mudah diserang penyakit. Jadi apa yang perlu ibu bapa perlu lakukan.

 1. Sukat suhu anak
Suhu badan yang normal adalah 36.7c. terdapat pelbagai termometer yang boleh didapati difarmasi ataupun dikedai - kedai diantaranya termometer di letakkan di dahi, tekak ataupun telinga. Disarankan bahawa setiap keluarga mempunyai termometer untuk mengawal suhu badan. Sekiranya suhu panas boleh ambil inisitif untuk cara menurunkan suhu anak.


2. Tuam mengunakan tuala di kepala dan badan
Suhu yang tinggi boleh diredakan dengan tuam menggunakan tuala yang dibasah menggunakan air suam. Letakkan didahi, dicelah ketiak dan celah peha. . Di ingatkan juga ibu bapa jangan memakaikan anak dengan baju yang tebal dan memadai dengan memakai singlet. Seandainya suhu tidak turun disarankan mandikan anak bagi  menurunkan panas badan.


3. Petua menggunakan daun bunga raya.
Petua orang-orang lama dahulu mereka menggunakan daun bunga raya. ambil beberapa helai daun bunga raya lepas itu direndam didalam air dan dipulas-pulaskan sehingga mengeluarkan lendir. Celupkan tuala dan letakkan di dahi, lapkan di seluruh badan. Insyallah suhu panas aka turun.


4. Berikan anak makan bubur
Anak yang tidak sihat selalunya akan sakit tekak dan tidak ada selera makan jadi berikan mereka makan makanan yang lembut  seperti bubur nasi kosong untuk memudah mereka menguyah. Pastikan anak makan untuk memberikan tenaga bagi melawan penyakit. Seandainya anak mengalami tonsil berikan mereka sedikit aiskrim vanila untuk meredakan sakit tekak.


5.Perbanyakkan memberikan anak air dan susu
Kalau boleh perbanyakkan pemberian air masak dan susu kepada anak anda ini kerana sewaktu badan panas akan mengakibatkan badan kekurangan air. Seandainya kekurangan air dibadan dibiarkan melarat akan menyebabkan sawan kerana suhu terlebih panas. Jika anak anda masih menyusu badan berikan anak anda sekerap yang boleh susu kerana susu badan adalah yang terbaik dan juga penawar dan antibodi melawan penyakit.

6. Berada di samping anak
Ketika anak demam mereka memerlukan anda berada disamping mereka kerana mereka memerlukan perhatian dari anda. Bertanyalah apa keperluan, perasaan mereka dan berbual-bual dengan mereka. Berikan mereka pelukkan ciuman dan berbisik kepada anak supaya cepat sihat.


7. Berdoa pada ALLAH
Sebagai umat islam berdoalah memohon kepada allah semoga disembuhkan segala penyakit kerana doa merupakan senjata utama. Walaupun telah banyak ikhtiar yang dilakukan namun kita haruslah berdoa kerana allah yang berkuasa menyebuhkan. Kita hanya merancang hanya allah yang menentukan.