Winnie The Pooh Bear Not Allowed

Friday, 30 August 2013

Soalan SPM Yang Mencabar Minda

Sempena bulan kemerdekaan ini mis nak bagi soalan2 SPM yg pernah mencabar minda kita dulu2.. masihkah kita ingat lagi apa jawapan nya...cube jawap yer..:)

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

HAYATI SEJARAH KITA..SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 56



Thursday, 29 August 2013

Naik Motosikal Dengan Penuh Perasaan



Bab naik motosikal ini kena fikirkan keselamatan..jadi kenalah pakai pakaian yang bersesuaian, pakai helmet..macam mamat kat video ini...jom tengok motorsikal pe yang dieorang ni naik..
kene tengok sampai habis baru tahu..:))





Sebab kenapa kita sayangkan bayi

Comel tak?
Kenapa kita perlu sayangkan bayi....? sebab bayi nampak comel sangat, rase macam nak jek cubit - cubit pipi ye yang gebu, betul tak? Kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata pasti rasa gembira sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata - kata..ada 30 sebab kenapa sayang kat bayi..meh sini baca dan kongsikan..
  • Bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
  • Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
  • Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
  • Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun agak sumbang.
  • Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
  • Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.
  • Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.
  • Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
  • Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
  • Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.
  • Anda tetap hebat di hati bayi anda!
  • Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
  • Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
  • Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
  • Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
  • Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
  • Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya
  • Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
  • Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
  • Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
  • Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!
  • Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
  • Bayi seronok apabila anda mendukungnya.
  • Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!
  • .Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan bayi sangat gembira dengan kehidupannya.
  • Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
  • Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
  • Jika anda sedang bersedih, bayilah ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.
  • Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
  • Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)


    Wednesday, 28 August 2013

    Barangan yang menarik, kreatif

    Agak - agak mana yer nak cari barang - barang ini..menarik sangat..kreatif pada orang yang menciptanya..walaupun nampak simple tapi amat membantu dari segi masa apabila digunakan..betol x? kan..kan..kan


    Kreatifkan..Mentol Lampu

    Selalunya kita akan buang mentol lampu yang dah terbakar tapi sebenarnya mentol yang terbakar itu boleh dibuat sesuatu yang kreatif..diantaranya seperti ini..

    bekas garam dan gula

    pasu bunga

    pelita


    Perhiasan

    Ha macam mana..menarikkan..boleh lah cuba, try, test..SELAMAT MENCUBA:)

    Kenali Tangisan Bayi

    Assalamualaikum semua..hari ini nak cerita berkenaan tangisan bayi..sebab yer my baby Adam Faiz yang baru 6 bulan suka sangat menangais dan mengamuk - mengamuk time nak tidur..jadi cari punye cari dapatlah info ini..untuk ibu - ibu bolehlah bace untuk pengetahuan ye..semoga info ini berguna :)
    Kenali tangisan bayi
    1) Tangisan bayi lapar dan ingin menyusu
    Bayi akan menangis jika ia lapar. Tangisan haus terdengar dalam nada berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti untuk mengambil nafas, kemudian menangis lagi, aktiviti ini terjadi berulang-ulang.
    2. Tangisan bayi membuang air besar
    Lampin yang basah membuatkan bayi merasa tidak selesa sehingga ia akan menangis. Suara bayi pada awalnya terdengar perlahan, kemudian makin keras. Bayi terlihat menggeliat di tempat tidurnya.
    3. Tangisan bayi sakit
    Keadaan ini akan membuat bayi terus menangis. Tangisan sakit diawali dengan nada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian bayi termengah-mengah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Segera cari punca sakitnya. Periksa perutnya takut-takut kembung, periksa seluruh badannya untuk mengetahui punca bayi menangis. Mungkin juga ada serangga kecil yang menggigitnya atau macam-macam kemungkinan yang lain.
    4. Tangisan bayi bosan
    Bayi cenderung bosan jika ia terlalu lama berbaring. Tangisan yang menandakan anak bosan terdengar mirip teriakan. Bayi tak akan berhenti menangis selama ia merasa bosan.
    5. Tangisan bayi minta didukung
    Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa detik, dan mungkin Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Cara mengatasinya, ayunlah ia perlahan-lahan sampai ia tertidur.
    6. Tangisan bayi Kesepian
    Bayi senang jika ibu bapanya berada dekat dengannya. Jika ia merasa kesepian, tangisannya akan terdengar bernada sedih, bukan marah.
    Adam Faiz time mood ok..time menangis satu rumah boleh dengar

    Surat sebab tak hadir ke sekolah

    HAHAHA tergelak bace surat ini..tak taulah surat ini surat betol - betol yang ditaip oleh ibu atau bapanya ataupun hanya gurauan semata - mata..ayat putar belit..yang best ye nak hantar anak ye tu g korea...meh bace yer :)

    Tuesday, 27 August 2013

    Salam Perkenalan..

    Hai Blogger salam perkenalan..baru jek berjinak - jinak nak wat blogger dari duk melangguk jek kan dari itu baik saya blog ada jugak faedah ye sebab boleh berkongsi - kongsi cerita lagipun sekarang inikan dunia tanpa sempadan. Gunakan teknologi untuk benda bermanfaat.. ok lah sekian untuk hari ini..jumpe lagi yer..:)