![]() |
Comel tak? |
Kenapa kita perlu sayangkan bayi....? sebab bayi nampak comel sangat, rase macam nak jek cubit - cubit pipi ye yang gebu, betul tak? Kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata pasti rasa gembira sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata - kata..ada 30 sebab kenapa sayang kat bayi..meh sini baca dan kongsikan..
- Bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
- Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
- Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
- Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun agak sumbang.
- Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
- Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.
- Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.
- Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
- Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
- Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.
- Anda tetap hebat di hati bayi anda!
- Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
- Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
- Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
- Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
- Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
- Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya
- Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
- Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
- Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
- Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!
- Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
- Bayi seronok apabila anda mendukungnya.
- Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!
- .Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan bayi sangat gembira dengan kehidupannya.
- Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
- Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
- Jika anda sedang bersedih, bayilah ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.
- Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
- Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)
No comments :
Post a Comment