Winnie The Pooh Bear Not Allowed

Sunday, 29 September 2013

Sakit gigi

Arrrgggghhhh sakit gigi yang teramat sangat - sangat..terasa berdenyut2 jek di kepala ni..asyik nak marah dan berangin aje..tol tak situasi bila sakit gigi..samelah ngan mis sekarang ni mengalami situasi tersebut..
alahai gigi napelah engkau sakit sedangkan tiap hari gosok gigi tapi mungkin disebabkan kurang kalsium kot tu yang wat gigi rapuh dan berlubang..


Pegi klinik cabut gigi ke telan aje ubat yang dibeli kat kedai..Mis mengaku sebenarnya memang takut nak gi jumpe doctor gigi sebabnya memang nyilu bile dengar mesin tampal gigi tu dan takut ngan kacip cabut gigi..hehehe kelakarkan macam budak kecik aje takut jumpe doctor gigi tapi itulah kenyataannya...



Jadi nak tak nak kenalah tahan sakit gigi dan makan jek lah ubat yang dibeli kat kedai itu..selalu akan carik ubat ini..hehe sanggup tahan x mo gi jumpe doctor punye pasal..


Harap gigi lepas ini ok lah dan jangan lah jadi macam ini

Tuesday, 24 September 2013

Khemah yang tersangat cool

Wah sangat cool kalau dapat bercuti sambil berkhemah dan bersantai..Sekarang ini bermacam - macam design khemah yang ada..kalau ko orang nak berkhemah agak - agak khemah mana yang mana satu jadi pilihan hati ye? raseye semua khemah ini sangat - sangat menarik..kalaulah dapat bersantai dengan khemah- khemah macam ini memang sangat santai...tak percaya meh sini layankan gambar - gambar khemah yang tersangat cool..

Khemah ini sesuai untuk mereka - mereka yang tak gayat di tempat - tempat tinggi.. 

Khemah yang sesuai kepada orang yang ulat buku

Khemah masej 

Khemah untuk orang yang suka menjahit (sebab banyak sangat tampalan kain)

Khemah ini sesuai kepada mereka yang suka pada van klasik

Khemah ini sangat moden siap dengan kelengkapaan rumah

Khemah ala - ala bola hamster..sesuai untuk mereka - mereka yang suka tengok bulan bintang pada
waktu malam..kalau siang maunya berbahang panas kalau pakai khemah ini


Khemah ini sesuai pada waktu sejuk sahaja kalau nak digunakan sebagai sauna pun boleh agaknya :)


Khemah ini untuk mereka yang mesra alam..dilengkapi dengan wifi


 Khemah untuk mereka yang suka berlayar..mudah dan senang dibawa kemana- mana

Cara hilangkan kesan gigitan nyamuk untuk bayi


Hai semua...hari ini nak cerita pasal gigitan nyamuk..kesian aje tengok anak kena gigitan nyamuk sampai berbekas.. kesan kena gigit nyamuk menjadi hitam - hitam..Selalunya kalau Adam Faiz kena gigit nyamuk suka letak mopiko..tapi macam tak berkesan bekas gigitan itu menjadi kaler hitam dan lambat sangat nak elok..kalau adam kena gigit nyamuk memang kerjanya akan mengaru lepas tu mengamuk - ngamuk sebabnya gatal..habis rambutnya akan ditarik2..kalau kena kt kaki memang akan digaru sampai melecet..

Bekas Kena gigitan nyamuk 

jadi mamanya trylah cari info manelah tahu berkesan..carik - punya carik jumpe info ini..boleh lah cuba nanti harap - harap berkesan..



Sunday, 22 September 2013

Pabila anak Demam, selesema dan batuk

Hai semua...hari ini hendak bercerita berkenaan anak demam..ibu bapa mana tak risaukan anak - anak demam lepas itu selesema dan batuk..tengok kesian sangat - sangat sebabnya anak - anak akan meragam, buat perangai menangais sebab tidak selesa..

Macam si Adam Faiz bila demam aje dia akan buat perangai tidak mahu tidur lepas itu meragam menangis hendak dukung aje..jadi papa nya akan layankan aje perangai nya..macam kita yang dewasa pun akan rasa tidak selesa pabila demam inikan pulak bayi..Oleh itu mamanya akan sibuk cari petua2 ataupun info2 untuk ilangkan demam, selesema dan batuk di dalam google disamping bawak pergi klinik..

Antara petua - petua turunkan suhu DEMAM yang dijumpai adalah seperti berikut :-

1. Air Kelapa
Kalau anak masih tidak kebah demam boleh cuba iktiar ini dengan beri minum air kelapa 2x sehari
insyllah suhu demam akan turun 

2. Bawang merah & Minyak Kelapa
Tumbuk bawang merah dan ambil air perahannya dan sapu ke badan anak @ tumbuk bawang merah itu     dan dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa dan dilumur terutama dipunggung dan dada 

3. Asam Jawa
Sebuku asam jawa diramas bersama sedikit air dan disapukan di atas umbun - umbun dan seluruh 
kepala. Biarkan sehingga kering dan lakukan berulangkali sehingga suhu mulai reda.

4. Sirih Pinang
Sediakan beberapa helai daun pinang dan sebiji buah pinang ditumbuk sehingga lumat. Campurkan
dengan sedikit air suam dan lumurkan di kepala anak. Lakukan 3x sehari sehingga suhu demam anak  
reda.

5. Ubi Kayu
Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih - bersih. Parutkan ubi tersebut sehingga habis.
Parutan tersebut ditempekkan kedahi anak sehingga kering. Bila parutan yang ditempekkan didahi    
telahpun kering boleh digantikan dengan yang baru. Lakukan sehingga suhu demam turun.

Antara petua - petua hilangkan SELESEMA untuk kanak2 adalah seperti berikut :-

1.Air Didihan Beras
Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu    
sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

2. Membasahkan unbun2 Kepala
Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. 
Ulangi beberapa kali.(Pernah buat kat adam Mujarab)

3. Mandi air Suam
Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. (pernah jgak buat alhamdullah berkesan)

4.Kapur Sirih & Kunyit Hidup.
Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .

5.Daun Sirih
Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Antara petua - petua hilangkan BATUK untuk kanak2 adalah seperti berikut :-

1.Madu
Berikan satu sudu madu dan air suam kepada bayi berusia 2 tahun dan ke atas.Bagi bayi berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit madu sahaja .Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak

2. Vikcs baby Balsam (warna Pink)
Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam (warna pink) ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa sapu Vikcs Baby Balsam dibelakang badan bayi dan tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru -paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi (selalu buat kat adam alhamdulillah mujarab)

Harap petua - petua ini dapat membantu ibu - ibu sekalian..

Muka Adam Ceria Selepas Demam Selesema







Tuesday, 3 September 2013

Hati seorang WANITA

Sensitif : 
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet : 
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus : 
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas : 
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban : 
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin : 
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja : 
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja kepada insan yang bernama LELAKI iaitu SUAMI.

Ego : 
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta : 
CINTA bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.


Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Fahami dan bimbinglah mereka. Sesungguhnya, wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang lemah tetapi dipenuhi 1001 keunikkan..

Sunday, 1 September 2013

Jiwang karat

hai..assalamualaikum...hari nie mis nak cerita pasal jiwang..bile kate jiwang tu msti dikaitkan ngan karat..jadinya JIWANG KARAT..kenapa dikatakan jiwang karat pun tak taulah..mungkin disebabkan jiwang bersamaan dengan paku karat kot..hehe..ntah main hentam jek..ramai yang sebenarye jiwang cume dieorang tak nak mengaku..betul x?.de yang setengah tu muka jek ganas tapi hati ada taman, kiranya jiwang lah tu..de yang setengah jiwang plak dengan tulis ayat - ayat jiwang..de lagi yang jiwang tu dengar lagu - lagu jiwang..agak - agak ko ornag jenis yang mane yer?.jadi kat sni mis nak tujukan lagu jiwang karat dan lentok leleh sekali sebenarnya ni..:) suka lagu ini sebab lirik nya berbunga - bunga..kalau karaoke confirm lagu ini yang akan dicari..