Winnie The Pooh Bear Not Allowed

Sunday, 22 September 2013

Pabila anak Demam, selesema dan batuk

Hai semua...hari ini hendak bercerita berkenaan anak demam..ibu bapa mana tak risaukan anak - anak demam lepas itu selesema dan batuk..tengok kesian sangat - sangat sebabnya anak - anak akan meragam, buat perangai menangais sebab tidak selesa..

Macam si Adam Faiz bila demam aje dia akan buat perangai tidak mahu tidur lepas itu meragam menangis hendak dukung aje..jadi papa nya akan layankan aje perangai nya..macam kita yang dewasa pun akan rasa tidak selesa pabila demam inikan pulak bayi..Oleh itu mamanya akan sibuk cari petua2 ataupun info2 untuk ilangkan demam, selesema dan batuk di dalam google disamping bawak pergi klinik..

Antara petua - petua turunkan suhu DEMAM yang dijumpai adalah seperti berikut :-

1. Air Kelapa
Kalau anak masih tidak kebah demam boleh cuba iktiar ini dengan beri minum air kelapa 2x sehari
insyllah suhu demam akan turun 

2. Bawang merah & Minyak Kelapa
Tumbuk bawang merah dan ambil air perahannya dan sapu ke badan anak @ tumbuk bawang merah itu     dan dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa dan dilumur terutama dipunggung dan dada 

3. Asam Jawa
Sebuku asam jawa diramas bersama sedikit air dan disapukan di atas umbun - umbun dan seluruh 
kepala. Biarkan sehingga kering dan lakukan berulangkali sehingga suhu mulai reda.

4. Sirih Pinang
Sediakan beberapa helai daun pinang dan sebiji buah pinang ditumbuk sehingga lumat. Campurkan
dengan sedikit air suam dan lumurkan di kepala anak. Lakukan 3x sehari sehingga suhu demam anak  
reda.

5. Ubi Kayu
Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih - bersih. Parutkan ubi tersebut sehingga habis.
Parutan tersebut ditempekkan kedahi anak sehingga kering. Bila parutan yang ditempekkan didahi    
telahpun kering boleh digantikan dengan yang baru. Lakukan sehingga suhu demam turun.

Antara petua - petua hilangkan SELESEMA untuk kanak2 adalah seperti berikut :-

1.Air Didihan Beras
Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu    
sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

2. Membasahkan unbun2 Kepala
Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. 
Ulangi beberapa kali.(Pernah buat kat adam Mujarab)

3. Mandi air Suam
Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. (pernah jgak buat alhamdullah berkesan)

4.Kapur Sirih & Kunyit Hidup.
Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .

5.Daun Sirih
Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Antara petua - petua hilangkan BATUK untuk kanak2 adalah seperti berikut :-

1.Madu
Berikan satu sudu madu dan air suam kepada bayi berusia 2 tahun dan ke atas.Bagi bayi berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit madu sahaja .Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak

2. Vikcs baby Balsam (warna Pink)
Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam (warna pink) ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa sapu Vikcs Baby Balsam dibelakang badan bayi dan tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru -paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi (selalu buat kat adam alhamdulillah mujarab)

Harap petua - petua ini dapat membantu ibu - ibu sekalian..

Muka Adam Ceria Selepas Demam Selesema







No comments :

Post a Comment