Winnie The Pooh Bear Not Allowed

Thursday, 24 October 2013

Ungkapan Sayang ♥

Perkataan SAYANG tu tinggi nilainya. Hanya yang layak saja patut menerima dari kita. Kalau perkataan SAYANG diberikan pada semua org, tentu nilainya semakin rendah. i love u,Naan unnai kathalikaraen, Saranghaeyo, Aishiteru dan banyak lagi bahasa di dalam dunia ini yang mempunyai pengertian yang sama namun sebutan yang berbeza


Mengenai perkataan SAYANG ini agak - agak berapa kali kita ungkapan kepada yang tersayang? Jadi Jika terdetik di hati atau terlintas di fikiran untuk mengucap rasa sayang, atau menelefon bertanyakan khabar kepada orang yang kita sayang , maka lakukanlah ia sekarang kerana kematian sentiasa mengintai kita dan orang yang kita sayang. Kita tidak tahu adakah dalam tempoh sehari, sejam atau seminit akan datang, kita masih lagi mempunyai kesempatan untuk menghargai orang yang begitu bermakna dalam diri kita.

Al-fatihah kepada arwah



Tuesday, 22 October 2013

Menjadi bos yang hebat !!!!

Siapa yang tak suka kan dapat bos yang ok memahami pekerja. Tapi berapa ramai bos yang macam itukan. Bagi pendapat mis lah kan tak salah kalau bos berbaik dengan staff, ambil tahu berkenaan hal pekerja namun kod etika bos-pekerja sentiasa diperlihara.

Mungkin tip di bawah ini sesuai untuk BOS-BOS sekaliankan..




1. Beri pujian jika hasil kerja mereka memuaskan. Lebih elok jika anda umumkan dalam mesyuarat supaya orang lain sedar akan kemampuan dan pencapaian staff anda itu.

2. Hindari sikap menyalahkan staf anda di depan pihak lain, sebaliknya bela diri mereka. Dan juga bertemu dan berbincang dengan staf anda itu secara empat mata, dengan menyatakan kesilapan dan kekurangan yang dia lakukan.



3. Pantau kerja staff anda, jika mereka nampak 'lost', bantu dengan kepakaran anda. Tak luak pun jika anda berkongsi ilmu dengan mereka.

4. Jangan salah guna kuasa dengan curi idea atau hasil kerja mereka. Jika mereka yang membuatnya dengan baik, maka sebutkan nama mereka dan jangan pula kita mengaku ia hasil idea sendiri sedangkan ia adalah penat lelah staff anda.

5. Time makan tengahari, cuba makan bersama mereka. Buat jamuan kecil-kecilan atau belanja makan sesekali sekala. Ia tanda penghargaan peribadi dan ia juga menunjukkan anda seorang yang boleh didekati dan akan lebih dihormati. Pastinya anda tidak akan digelar bos yang sombong.


haaaa macam mane bos-bos sekalian dah bace ke tips-tips itu..kalau dah bace ha pe lagi praktikan semoga menjadi bos yang disenangi oleh semua pekerja dan bukannya dilabel sebagai bos yang menyampahkan pekerja..Renung-renungkan lah ye

SEKIAN...

Monday, 21 October 2013

Ragam manusia berfacebook

Sekarang ini macam - macam bende ade kat facebook..Macam - macam name dari yang konon kiut sampailah yang nama ganas contohnya "sweet honey", "chubby comel" "katak kiut" hahaha itu nama - nama yang comel..nama - nama yang ganas contohnya "aku bujang senang""penanggal"..itu konon dah ganas sangat lah..

Selain itu ade yang jadikan fb sebagai medium luahan perasaan..wah ayat bukan main berbunga-bunga ade bunga teratai, bunga tahi ayam pun ada...contoh yer 

"selalu merindui awak..sayang awak ketat-ketat muuuuaaaahhhhhh"
"engkau umpama bunga, aku hanyalah seekor kumbang"

hahaha betul ke tak? baik ngaku...



Tapi yang paling best bile ade yang taip kat fb lapo lah..nak pergi jejalan lah..dan setiap kali apa yang nak dibuat nya di tulis dalam fb..contoh yer

"argggghhhhhh lapa lah" makan apa yang best...



haha kalau lapar pergilah kedai beli makanan yang duk taip dalam fb wat apa..macamlah bila taip tu boleh keluar makanan..

Ada jugak mereka - mereka yang sedih suka meluahkan perasaan ye kat FB dan ada juga yang konon-kononye ambik berat sambil - sambil itu try tackle bagi ayat - ayat power..contoh ayat

Makwe: "Anak kucing saya tercekik tulang..cian dia..sobsobsob (TT)



Pakwe: "Ala - ala cian dia..bawak bersabar yer..nanti bawalah pergi jumpe doctor..take care awak..jaga kesihatan awak..kalau ada apa - apa yang boleh saya bantu saya sedia berikan pertolongan.." (wah ayat tackle maut nameye tu)

Ada jugak macam wartawan..suka share isu - isu semasa, isu-isu luar biase pun ada..
tak ketinggalan jugak yang suka tukar - tukar gambar profile dan upload gambar yang buat-buat comel konon-kononyer artis k-pop sambil itu wat muncung itik..kuekkuekkuek..

kalau tak percaya jom tengok video dekat bawah ini..

, "Cuba tengok dulu video ini..



Agak - agak nya ko orang keturunan fb yang mana ye..haaa baik mengaku..hehe..


Tentang cinta ♥

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak dapat dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng. Bukan saja ia cantik malah bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan padan dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.






Baca..x rugi ..:))


Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu..

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah



Thursday, 10 October 2013

Ragam Anak Murid

Jadi cikgu tengok macam best ajekan..
tapi kalau jadi cikgu kena bawak banyak - banyak bersabar
dengan karenah anak murid..contohnya macam kat bawah ini
Agak - agak stress ke tak cikgu - cikgu dieorang ni..hehehe..
bagi mis lah kan leh ilangkan segala stress bila baca sambil menitiskan air mata..


Disuruh jawikan tapi dia bagi jawapan

Disuruh wat lain diwat lain plak




Disuruh wat karangan tapi jadi karangan lain..




Thursday, 3 October 2013

5 Perbuatan yang disukai isteri


Buat para suami yang dikasihi ini adalah 5 perbuatan yang isteri - isteri anda suka tetapi para suami tidak tahu. Bolehlah baca dan diamalkan untuk memikat hati isteri . Kalau tidak percaya trylah buat yer...

1.Memegang kedua belah tangan ketika si isteri memerlukan contohnya tengah bersedih
-ini akan membuat si isteri terasa tenang dan tenang.



2.Menyelak rambut si isteri dan membelai - belai rambut ketika duduk bersembang @ membetulkan tudungnya
-ini akan membuat si isteri terasa diri amat dihargai oleh suami.

3.Di saat si isteri sedang menangis kesatlah air matanya dengan ujung jari secara lembut
- ini akan membuat si isteri merasa amat disayangi

4.Katakanlah "AKU MENCINTAIMU" meskipun saat si isteri marah kerana wanita akan lembut hati,
- marahnya akan hilang bahkan kadangkala si isteri akan mengungkapkan perkataan yang sama



5.Mencium tanganya, mengangapnya nikmat dan anugerah luar biasa dari Allah, Katakan padanya bahawa anda bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan seorang isteri yang baik dan lemah lembut
-ini akan membuat si isteri merasa hanya dirinya sahaja yang berada di hati suami.

Diharapkan suami - suami sekalian boleh amalkan untuk memenangi hati isteri..:)





Aduhaiiiii macam - macam hal

Hari ini nak bercerita berkenaan manusia..bermacam- macam ragam kita tengokkan bak kata perpatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain..hati manusia kita tak dapat nak duga dan dibaca. Kalaulah hati boleh dibaca memang susah lah orang ini nak buat niat burukkan dan semestinya orang akan tahu rahsia hati.
Kalaulah ada alat yang boleh mendengar kata-kata hati kan bestkan..huhuhu



Sebenarnya saje jek nak taip dalam blog ini, sebabnya pelik lah macam-macam hal jek perangai manusia ni yang suka cari kesalahan orang lain, suka marah orang lain tak tentu pasal, suka bz body, suka tikam belakang dan macam-macam hal lagi lah..yang paling tak suka ialah orang tak amanah..



Tapi kalau ragam manusia semua sama tentulah kehidupan tak menarikkan..Jadi kita kenalah lalui kehidupan ini dengan bermacam - macam ragam manusia barulah kehidupan yang kita lalui penuh dengan suka dan duka.Oleh itu digalakkan senyum macam kat bawah ini untuk menangani orang - orang yang bermacam-macam ragam ini...

Peach Yo!!!!



Wednesday, 2 October 2013

Sifat - sifat hantu yang perlu dicontohi



1. Toyol
- Masih kecil sudah pandai berdikari, maksudnya boleh cari wang sendiri

2. Pontianak
- Susah senang selalu ketawa, ini menunjukkan keperibadian pontianak lebih optimis

3.Pocong
- Dari dahulu sehingga sekarang bajunya tidak pernah berganti, maksudnya dia tidak tertarik pada fashion dan sangat bersahaja

4.Hantu air
- Walaupun menetap di lautan, tetapi pakainya selalu lengkap,sopan dan tidak memakai baju renang yang seksi, ertinya selalu menjaga etika dan kehormatan

5.Jerangkung
- Datang tak diundang, pulang tak dihantar, maksudnya dia tidak mahu menyusahkan orang lain

6.Jebon
-Ini adalah makhluk yang paling halus dan paling istimewa, walaupun badannya berbau dan menakutkan tapi sifatnya sangat sabar buktinya..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
v
dia baca tulisan ini sampai habis