Siapa yang tak suka kan dapat bos yang ok memahami pekerja. Tapi berapa ramai bos yang macam itukan. Bagi pendapat mis lah kan tak salah kalau bos berbaik dengan staff, ambil tahu berkenaan hal pekerja namun kod etika bos-pekerja sentiasa diperlihara.
Mungkin tip di bawah ini sesuai untuk BOS-BOS sekaliankan..
1. Beri pujian jika hasil kerja mereka memuaskan. Lebih elok jika anda umumkan dalam mesyuarat supaya orang lain sedar akan kemampuan dan pencapaian staff anda itu.
2. Hindari sikap menyalahkan staf anda di depan pihak lain, sebaliknya bela diri mereka. Dan juga bertemu dan berbincang dengan staf anda itu secara empat mata, dengan menyatakan kesilapan dan kekurangan yang dia lakukan.
3. Pantau kerja staff anda, jika mereka nampak 'lost', bantu dengan kepakaran anda. Tak luak pun jika anda berkongsi ilmu dengan mereka.
4. Jangan salah guna kuasa dengan curi idea atau hasil kerja mereka. Jika mereka yang membuatnya dengan baik, maka sebutkan nama mereka dan jangan pula kita mengaku ia hasil idea sendiri sedangkan ia adalah penat lelah staff anda.
5. Time makan tengahari, cuba makan bersama mereka. Buat jamuan kecil-kecilan atau belanja makan sesekali sekala. Ia tanda penghargaan peribadi dan ia juga menunjukkan anda seorang yang boleh didekati dan akan lebih dihormati. Pastinya anda tidak akan digelar bos yang sombong.
haaaa macam mane bos-bos sekalian dah bace ke tips-tips itu..kalau dah bace ha pe lagi praktikan semoga menjadi bos yang disenangi oleh semua pekerja dan bukannya dilabel sebagai bos yang menyampahkan pekerja..Renung-renungkan lah ye
SEKIAN...
No comments :
Post a Comment