Petua Hilangkan demam campak
1. Air kelapa hijau- diminum sebelum ataupun selepas demam campak untuk beberapa hari bagi mengeluarkan campak.(dah bagi adam minum tetapi sesudu dua lepas tu muntah)
2. Kerapkan mandi - untuk mengelakkan kegatalan campak (memang akan mandikan adam kerap)
3.Daun semambu- direbus ataupun dipecah-pecah daun ke dalam air mandian dan boleh diletakkan dibawah bantal ataupun katil untuk menyejukkan badan dan mengelakkan kegatalan badan.(tak penah jumpe hihihi tak tahu nak cari dekat mana)
daun semambu |
4. Daun jambu & bedak sejuk- (dilumatkan) dan disapukan ditempat - tempat yang terkena demam campak ini bagi mengecutkan campak tersebut dan membuatkan badan rasa sejuk (tak cuba lagi)
5. Garam bukit- dibancuh ke dalam air mandian
Tanda-tanda campak akan hilang ialah akan kelihatan bintik-bintik merah keluar di tapak kaki (nanti try tengok kat tapak kaki adam ada keluar ke tidak vintik-bintik merah ini)
Pantang Larang demam campak
1. Jangan bagi terkena air hujan
2. Jangan bagi makanan yang bergoreng dan bertumis
3. Jangan makan ubat (dikuatiri campak tidak akan naik)
4. Elakkan gunakan sabun ketika mandi kerana sabun mempunyai bahan kimia dan mempunyai infeksi ke atas kulit
5. Jangan pakai baju yang tebal (kerana boleh menyebabkan badan berpeluh dan kegatalan badan)
Petua Hilangkan parut campak
1.Daun asam jawa + bedak sejuk (ditumbuk lumat) sapukan di tempat yang kuping telah pun hilang
2.Lendir Ikan haruan -sapukan lendir ikan haruan ditempat parut campak insyllah akan berkesan
Harap-harap lepas ini anak mama sihat..sian dia...
![]() |
Meragam, tido nak berpangku |
![]() |
Masih aktif walaupun demam campak |
No comments :
Post a Comment