Winnie The Pooh Bear Not Allowed

Tuesday, 15 April 2014

Adam masuk wad...

Sebenarnya entry ini dah lame dah simpan cume lambt jek nak post..hehehe

2.11.13-Sabtu
Pagi pukul 2.30 mama terjaga sebab adam mengais mintak susu, bila rasa sahaja badannya masih lagi panas.cubalah letak temometer di dahinya. Suhu masih tetap 39++ dah endak cecah 40. Papa adam bangun kejutkan nenek, mujur waktu itu nenek tak tido lagi sebabnya tak dapat nak tido. Disebabkan suhunya dah nak cecah 40 jadi papa ajak terus pergi ke hospital. Hospital yang paling dekat ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Apabila dah sampai adam di periksa dan suhunya dah cecah 40.4c jadi adam dimasukkan ubat punggong. Terpaksa menunggu lagi untuk check darah pulak..Tak sempat check darah doc cakap kena tahan sebabnya suhunya tidak turun walaupun dah dibagi ubat punggong dan kena chikenpox boleh berjangkit. Jadi kenalah tunggu untuk proses masuk wad. Ati mama dah sayu dah sebabnya kecik-kecik lagi dah kena tahan wad dekat kepala ini dah terpikir dah adam kena cucuk masukkan jarum mesti mengais.Part itu yang mama tak mahu tu. Beberapa minit kemudian adam dipanggil masuk ke wad. Jadi disebabkan bilik penuh katil adam diletakkan di satu tempat. Papa dengan nenek terpaksa balik  waktu itu dah subuh jadi tinggal lah mama yg kena jaga adam. Nurse suruh lap2 kan badan adam guna air sejuk. Kesian adam disebabkan mungkin sejuk adam menangais. Tapi suhunya trurun sikit 39c.

Tapak kaki dengan tapak tanggan adam mama nampak biru, asyik merengek sahaja, minum susu pun sikit-sikit..lepas minum susu muntah sekali. Badan Adam menggigil2 mama ambik selimut jadi selimutkanlah dia setiap 2 jam nurse akan ambik suhu n. Suhu adam tetap sama tak mahu turun2. Pagi papa bawak segala kelengkapan pakaian dan susu. Tengahari waktu melawat papa dtg lagi..dekat sana hanya waktu melawat sahaja ibu @ bapa jaga. Untuk ahli keluarga lain tidak dibenarkan kerana wad kanak2 dan takut boleh berjangkit.Petang adam baru dimasukkan ke dalam bilik pengasingan untuk chickenpox.

Chickenpox bertambah banyak habis semua 1 badan adam kena. Menangis dan merengek sahaja waktu itu mungkin tidak selesa disebabkan gatal dan air chickenpox tu keluar. Ubat atibiotik dimasukkan akhirnya suhu makin lama makin trun namun demam tetap ada. untuk menghabiskan antibiotik tu adam kena habiskan selama seminggu jadi seminggu jugalah adam di hospital.Hari kesehari adam bertambah sihat chickenpox dah beransur kering dah boleh senyum dan bermain.

Setelah seminggu adam dihospital akhirnya adam boleh keluar. terima kasih kepada nurse yang telah menjaga adam di dalam wad 8A.


Adam tak selesa bila baring

antibiotik dimasukkan di tangan adam

Adam dah beransur sihat




No comments :

Post a Comment

g
n
a
t
a
D
t
a
m
a
l
e
S